GUNUNG BATU PUTEH, TAPAH, PERAK


 MOUNTAINS OF MALAYSIA > Mount Batu Puteh

Bila sebut pasal Gunung Batu Puteh, perkara yang paling di ingati adalah Gua Azan, iaitu lokasi bermalam yang paling unik bagi kebanyakan aktiviti pendakian, mana tidaknya, pendaki boleh bermalam didalam gua seolah-olah hidup di zaman purbakala. Tapi tidak bermakna pendaki perlu bersenang lenang, anda tetap perlu menyediakan Flysheet dan Groundsheet sebagai 'standby gear'.

TEMPOH PENDAKIAN
3 hari - Standard
4 hari - Beginner / Tidur Puncak
5 hari - Trans Batu (Batu Puteh - Batu Bujang)


STARTING POINT
Pendaki akan dibawa oleh Mountain Guide kami untuk melaporkan diri di Pondok Renjer Jabatan Perhutanan Negeri Perak di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah. Kemudian kenderaan pacuan 4 roda(4WD) atau lori akan membawa anda melalui jalan kampung selama 30 ke 40 minit untuk sampai ke Starting Point iaitu Kampung Ampang Besar.

Pendakian bermula dari Perkampungan Orang Asli Ampang Besar melalui beberapa kampung orang asli lagi didalamnya, sehinggalah melintasi sebatang sungai besar, Maka cabaran baru bermula disini. Dinasihatkan pendaki membawa tali berukuran lebih 4mm diameter dan panjang lebih 30 meter bagi tujuan keselamatan semasa melintasi sungai tersebut atau lebih Popular digelar Sungai 'Y' iaitu pertembungan di antara Sugnai Telom dan Sungai Woh. Selain itu juga sungai ini kerap dilanda kepala air ketika hujan lebat atau hujan bukit di sebelah hulu sungai.


GUA AZAN
Pendaki akan teruskan mendaki beberapa bukit dan melintas beberapa anak sungai sebelum tiba di Kem Balak Dua. Kem Balak Satu sebelum nya dijadikan tempat berehat atau makan tengahari. Bagi pendakian selepas Kem Balak Dua, keadaan muka buminya mencanak dan melereng bukit sehingga menurun satu lembah. Yes! disitu lah Gua Azan lokasi bermalam kita! perjalanan mengambil masa sekitar 7 ke 8 jam dari starting point ke sini.

Keluasan Tapak : 
Kem Balak Dua - Max 80 orang
Gua Azan - Max 40 orang (20 orang didalam, 20 orang diluar)


AIR TERJUN TERBUNUH
Pendakian ke puncak terlalu ekstrim dimana kebanyakan bentuk muka buminya 70 ke 90 degree. Sehinggalah bertemu Kem Permatang yang bersebelahan dengan Puncak Batu Kak,. Permadangan Punak Batu Puteh an Puncak Batu Lintang sayup-sayup kelihatan. Kemudian pendaki akan melalui satu persimpangan Last Water Point sebelah kiri, ada yang menggelar lokasi simpang ini Kem Anaconda manakala punca air terakhir sebelah kiri itu lebih dikenali sebagai 'Air Terjun Terbunuh' di mana kawasannya 90 degree. Aspek keselamatan sangat dititikberatkan disini.



PUNCAK BATU PUTEH
Pendakian dari LWP ke puncak disajikan dengan pokok-poko yang dipenuhi pelbagai jenis lumut yang cantik dan dihiasi pokok Kacip Fatimah dari pelbagai spesis. Apa yang menarik di puncak batu Puteh ialah Beirut nya yang besar, cuma zink nya telah tertanggal dan diletakkan di bahagian belakang kem. keadaan disekeliling puncak dipenuhi oleh Pokok yang berketinggian lebih dari 2 meter menjadikan puncak tersebut sedikit tertutup, Namun untuk melihat permandangan, pendaki perlu menjenguk di lokasi tertentu. Jangan risau Mountain Guide kami akan sedia membantu anda.

Keluasan Tapak : 
Puncak Batu Puteh - Max 40 orang
Kem Anaconda - Max 30 orang
Kem Permatang - Max 25 orang




Ketinggian : 
Gunung Batu Puteh - 2131 meter ~ 6,993 ft
Puncak Batu Kak - 1440 meter



JADUAL RINGKAS
DAY 01
Hutan Lipur Kuala Woh - Orang Asli Village - Kem Balak Dua - Gua Azan
DAY 02
Gua Azan - Puncak Batu Kak - Last Waterpoint - Mount Batu Puteh - Gua Azan
DAY 03
Gua Azan - OrangAsli Village - Hutan Lipur Kuala Woh
KOS EKSPEDISI
1 - Jurupandu Arah Bertauliah | Professional Mountain Guide
2 - Kenderaan Masuk & Keluar | Transfer Services
3 - Permit Jabatan Perhutanan Perak | Perak Forestry Permission
4 - Yuran Pengurusan Ekspedisi | Expedition Management Fees
6 - Sijil dan Baju T - Jika Perlu | Certificates & T-Shirt - If Necessary



BACK TO MOUNTAINS OF MALAYSIA