GUNUNG SWETTENHAM 6434ft | Mount Swettenham

MOUNTAINSGunung Swettenham 6434ft

G. Swettenham 1961m (6434 kaki) dpl terletak di kawasan tanah tinggi Cameron Highland (CH) menjadi pemisah sempadan Kelantan dan Pahang. Gunung yang turut mendapat nama jolokan Set6 ini berdekan Blue Valley dan pekan Kg. Raja, Cameron Highland. gunung ini ditanda dengan Beirut dan batu tanda. Dari puncak boleh kelihatan Banjaran Titiwangsa serta bertentangan dengan puncak Gunung Berinchang, G. Irau dan kelihatan Hotel Equatorial Dapat dilihat juga Lebuhraya CH - Gua Musang dikaki gunung ini. Tumbuh-tumbuhan dipuncak agak tinggi melebihi 2 meter. Terdapat satu kawasan perkhemahan berdekatan puncak yang agak kecil.

Laluan Pendakian.
Dari Kg. Raja, Cameron Highland menghala ke Lebuhraya CH-Gua Musang boleh menggunakan kenderaan sendiri atau menyewa 4WD ke Pos Peningau setelah melewati Blue Valley. Dari Pos Peningau laluan pendakian menyusuri sempadan Pahang - Kelantan. Keadaan laluan jelas cuma kadangkala semak, namun terdapat batu tanda sempadan setiap 10 meter. Walaubagaimanapun terdapat beberapa cabang laluan.

Hanya terdapat satu puncak anak gunung sebelum sampai puncak G. Swettenham. Kecuraman laluan ke puncak agak mencanak selepas turun dari puncak anak gunung hingga ke puncak. Kawasan perkhemahan di puncak yang terlindung dengan pohon-pohon besar serba sedikit dapat menahan angin kencang dan sejuk.



Hasil:
Apip


EHSAN OGKL