Kronology : SAR140317/GunungBubu

Isnin, 17 Mac 2014

Dalam jam 10.40 pagi aku dapat panggilan dari Bos mengenai berita kehilangan 4 orang pelajar dari Sokolah Teknik Kuala Kangsar sekaligus merupakan panggilan S.A.R.(Search & Rescue), pada mulanya berat hati juga nak pergi, sebab dah janji dengan Umi nak melawat saudara, tapi memandangkan lokasi kejadian tu betul-betul dekat dgn kampung aku, so tak payah pikir panjang, aku bagitau Umi dan dia pun setuju, aku buat keputusan pd Bos unt hadir sekali dan terus packing barang. Dalam perjalanan ke rumah Bos, aku sempat telefon sahabat aku yg duduk di sekitar Kuala Kangsar (Jun, Emay dan Asyraff) ajak bersama-sama ke lokasi kejadian. Lebih kurang jam 11.40 pagi aku tiba di rumah Bos dan terus pindah barang masuk Ford Ranger beliau, dan terus memacu ke Hutan Lipur Ulu Kenas.

"kita belum dapat full brieffing lagi dari agensi terlibat, cuma En. Mustaqim (Jabatan Perhutanan negeri Perak) yang buat panggilan kpd Salan panggil kita untuk SAR, so Salan mungkin bersama 4 orang lagi anggota kita" ujar
Bos aku.

Sampai di Hutan Lipur Ulu Kenas, kelihatan ramai agensi kerajaan seperti Bomba, Renjer JH, JPAM, Polis, Rela dan pemberita yang mengelewor kata org perak (maksudnya mundar mandir). Kelihatan juga ahli keluarga yang bermuram durja duduk disekitar khemah Bomba. Kami terus menuju ke pondok renjer untuk sesi taklimat. 


 
En. Mustaqim bersama seorang lagi Pegawai memberikan kami Peta Topo. "kami jangka disini kawasan yg diorg sesat" sambil beliau menujukkan bulatan pensil di peta tersebut. Kumpulan SAR yang pertama dah masuk pada petang ahad dan keluar semula antara jam 10.30 mlm dan 4 pagi tadi, kumpulan SAR kedua masuk pada jam 10 pagi tadi. Kemudian kami bertemu dengan Cikgu mangsa. "pada mulanya kami turun dari puncak sesama, di Kem Tali kami kumpul sampai semua sampai, kemudian bila sambung perjalanan kat kawasan lintasan sungai, ada beberapa lintasan sungai yang perlu kita meniti kayu dan memanjat batu, orang last yg nampak diorang bagitau nampak kat atas titi kayu, kemudian bila semua peserta sampai kat Kem Sungai Gading kami kekurangan 4 orang. sebelum tu sy ada dengar sahutan dari atas bukit sebelah kanan dan menyambut sahutan tu, Orang di belakang pulak bagitau ada dengar sahutan dari arah sungai sebelah kiri" ujar cikgu tersebut.

"Okay cikgu, kami perlukan detail mangsa: jantina, warna baju dan seluar, kelengkapan yang ada pd diorag, jenis kasut, dan kalau boleh kami nak tengok gambar diorang" Lantas cikgu tu swipe Note 3 baru beliau...



Jam 4.30 ptg, Jun, Emay dan Acap tiba dan tak lama lepas tu Salan pun tiba bersama Nordy, Acu, Boy, dan Ajat. Kami di panggil ke pondok rahsia untuk di Briefing oleh Bos. 


Menurut beliau Pegawai Polis tak benarkan kami tidur di atas disebabkan situasi sekarang, tapi kami 100% tak setuju, lalu Bos dengan hati keringnya telah mencairkan Ketua Polis ASP Alias dengan ayat manisnya "Kami berpengalaman dalam misi macam ni, lagipun kalau kita lewat-lewatkan masa, ada kemungkinan mangsa pergi lebih jauh, tuan jangan risau anak buah sy cukup kelengkapan dan tuan boleh berhubung dgn radio amatur kami" 
Jam 6.10 ptg, team SAR dari SOS pun siap sedia, ASP Alias sempat menyampaikan Tazkirah, eh silap, Taklimat, katanya "sy harap kamu semua pergi dan pulang dengan selamat. Kita lakukan semua ni dengan ikhlas dan janganlah dikaitkan dengan apa apa isu atau mana mana bahagian, sy rasa tuan2 pun faham, terima kasih kpd kamu semua yang sudi datang menolong" lalu sorang Brader dari UNIT AMAL membacakan Doa untuk kami semua (Hj Rasul) 

En. Mustaqim pula bergegas memanggil 4WD unt membawa kami ke Starting Point rentis Gunung Bubu. Dalam perjalanan ke atas, driver 4WD sempat bagitau "Bomoh yg turun tadi ckp lepas Maghrib 'dia' lepas la budak2 tu" Aku dgn Salan kt dalam tu hanya tersenyum shj... 

Jam 6.35ptg kami memulakan pendakian, sepanjang perjalanan kami tak berhenti barsahutan, wisel tak putus2, dan mercun diletupkan selang 20 minit. Jam 7.50 ptg kami tiba di Kem Sungai Gading. "OK Geng, kita bermalam disini!" ujar Salan selaku ketua operasi SAR kumpulan ke-3.

Fly dipasang, Hammock di tarik, Groundsheet di bentang, Makan malam pun terhidang, maka susunan strategi pun bermula, Salan membahagikan kami kpd 2 kumpulan kecil. "Esok kita sama2 ke Kem Tali, pastu kita split, group Kay recce start dari Kem Tali menuju ke Puncak Bubu explore sampai kem bawah dan trek S'pore, group aku recce dari Kem Tali menyusur sungai Ulu Gading kebawah, ada 2 kemungkinan ni yg boleh kita jumpa diorang. Jun, Emay dan Acap folo Kay, Nodi, Acu, Boy dan Ajat folo aku, kita ada 2 radio, kita guna frequensi kita sendiri. GPS ada pun ada 2, cuma peta Topo shj ada 1 sbb Terhad. "


Malam tu kami ambil masa study Topo dan GPS unt prepare laluan recce esok. "esok jam 7 kita start operasi!"



Selasa, 18 Mac 2014

sarapan dah disediakan seawal 6.30 pagi oleh cheff Salan berupa Megi Pama ala montana beserta bubur nasi maggi berkerak manis. "last check kelengkapan, First aid, radio, gps, topo, roti, maggi, tali, crab, mercun, parang, oh ya jgn lupa bawak hammock dua..." chip memberi peringatan

Jam 8.10 pagi kami menyusuri rentis jalan balak lama, bersebelahan dengan sungai disebelah kanan, kalau mendaki Gunung Bubu memang kena layan trek ni dalam 2 ke 3 jam untuk sampai ke Kem Tali, atau juga dikenali sebagai Kem Uu Sungai Ganding(Gading). Sambil jalan mata kami meliar mencari kot kot nampak kelibat orang, wisel tak putus2 ditiup, yang si Ajat tak abis2 menjerit, Aku dan Jun di depan menghabiskan mercun. "mintak2 la jumpa hari ni, senang koje, boleh balik awal!" jerit Boy dari belakang. Dalam 8.59 pagi, Jun break emergency, nyaris tak pecah bumper, "tu macam orang!'' sambil menunjuk ke arah sungai bawah sebelah kanan, "ha'ah lah!" lantas kami menjerit ''Hoooooiiii!!!!" sahutan dibalas "Toloooooong!Tolooong!" macam lipas kudung Jun lari turun tebing tepi trek waktu tu, excited dia berjangkit dengan kami semua, jarak antara trek asal dengan sungai lebih kurang 150 meter, "Woii! suda jumpa ini orang!" jerit Ajat kpd kawan2 di belakang "Alhamdulillah!" terdengar jeritan Emay dan Acap, tak kurang juga yang lain bertepuk tangan. mangsa yg kami jumpa ialah Putera dan Siti Azimah. Waktu tu diorang tengah masak sardin Kingcup kecil atas stove Wild L-7, kelihatan si Siti pucat dan lesu, si Putera hanya memakai sweater shj, barangkali T-shirtnya diberi kpd Siti, "mana yang lain?" "kami tinggal 2 orang je..." 


 
Huh! terlalu cepat bersorak, nampak gaya kena cari lagi 2 orang, "lagi 2 orang kat belakang, yang sorang kat tepi sungai dan sorang lagi hilang" sambung si Putera "macamana boleh terpisah pulak? korang tidur mana?" Dalam masa yg sama kami beri makanan pd diorang,si Siti tak ckp banyak terus kemulut je. 

"kami ahad malam tidur kat tepi sungai atas, semalam(isnin malam) kami tidur tepi batu kat situ" sambil menunjukkan batu di atas sungai. "kami start sesat dalam pukul 2.30ptg mcm tu, masa tu kami ikut je sungai, tiba2 hujan lebat, masa kat satu jeram tu, tinggi, si Amir cuba nak turun dari celah batu tu, dia ckp air ni tak dalam, sedangkan air tengah laju, pastu dia jatuh, yang Adam pulak nak turun tolong, tapi dia pun terjatuh sama"

"diorang ok tak?"

"diorang lemas bang...sorang sy dapat tarik ke tepi, sorang lagi hilang..."

"MasyaAllah....Lokasi dari sini dengan tempat kawan ko tu berapa lama?"

"kami bejalan dari sana seharian bang, banyak rehat, sy tukar beg dan tinggalkan atas batu tak jauh dari lokasi jeram tu, kalau jumpa beg tu tandannya tak jauh lah dari situ"


Kami merenung sesama sendiri, Salan bersuara "Boy, kasi radio, nak try tembak kasi info" sementara tu kami cuba mendapatkan line telefon di sekitar batu sungai. aku guna Nokia X1 sbb dia kuat tarik line, so gunakan phone setting>Network Selection>Manual, so phone akan detect gelombang mana yg ada, masa tu Line Digi yg dapat, "siapa pakai Digi kat sini" ujar aku, lantas si Putera menyapa, "bang, pakai la kad sim Digi ni, hp nya dah abis Bateri"

Mesej pertama dihantar ke En. Mustaqim selaku Ketua Operasi SAR unit Jabatan Perhutanan menyatakan penemuan 2 orang mangsa, lagi 2 orang dalam proses pencarian. SMS berjaya dihantar jam 9.21 pagi setelah beberapa kali cubaan gagal termasuklah nak hantar SMS pd Bos aku. 

Sejurus lepas tu Salan segera menukar strateginya, "Boy, hg bawak telegram ni ke Comm Centre, Emay ko bawak budak berdua ni ke kem kita(kem Sungai Gading) , yang lain kita cari lagi 2 orang" misi mencari diteruskan dengan menyusuri Sungai Gading. Selama 2 jam pencarian, kami dihidangkan dengan suasana air terjun yang menarik, untouched place la katakan...tak sempat nak berehat kami dah pun jumpa Beg yg berada di atas batu. "ini tak jauh dah ni" kata Jun. Jam menunjukkan tepat 11.00 pagi, kebetulan yang sama Telefon aku berbunyi, mungkin sebab dah makin tinggi jadi spot line pun dah ok, aku terus pass pada Salan unt berckp dgn Comm Center, menurut Comm Centre satu team seramai 27 org dah pun bergerak naik sejurus dapat SMS penemuan tadi, kemudian satu team lagi akan dihantar pada jam 11.30 pagi.

Kami meneruskan pencarian dengan mendaki tebing2 tinggi dan batu2 gergasi yang sebati dengan sungai berkurun lama, adakalanya licin dan terpaksa kami redah sebelah hutan kiri kanan sungai. Tiba di suatu jeram berkolam, dengan tak semena-mena burung-burung berkicau indah, mungkin ada pesta kot..."Jun, tu ada apa kt batang kayu mati tu?warna biru tu..." ujar aku sambil menunding ke arah kayu sebelah kiri sungai, "ish...tu plastik tersangkut lah...ini masalah kalau org tak reti jaga alam, tak pasal2 kawasan ni jd tak cantik" mengeluh si Jun...elok je kami lepasi pokok kayu mati tu, kami menghapiri kolam berjeram, cantik tempatnya, "tengok, dalam kolam tu pun ada plastik lagi..." marah Jun, memang kami cukup bengang kalau tengok sampah merata dalam hutan. "Jun, aku rasa tu bukan sampah la..." lalu aku melintas ke sebelah kanan sungai untuk lihat lebih dekat dan........innalillahwainnailahirojiun....mangucap panjang aku..


Sekujur badan tidak bernyawa berada didasar kolam ditimbusi dengan rumput kering yang mendap didalam air sungai, berbaju biru, berseluar khaki, tidak berkasut, keadaannya sungguh memilukan, sebak juga aku..."Jun!!!, sini cepat!!" "dia ke Kay???" sambil melompat dari batu ke batu, Jun seolah-olah mengerti panggilan aku waktu tu..."itu macam dua dua ada dalam tu..." "mungkin lah.."

"Wooooiii!!!!!!! Dah jumpa!!!!!!!!" jerit kami ke arah kawan2 di belakang, kelihatan mereka bergegas...

Dipendekkan cerita, "Kay, hg cari trek untuk bawak naik jenazah, yang lain tolong aku uruskan naik jenazah" Acu, Acap, dan Nody membantu Salan, so aku dibantu Jun dan Ajat menembak GPS dari lokasi sungai ke arah laluan trek asal. lebih kurang 30 minit menebas dgn trek memacak, kami berjaya jumpa trek asal, kebetulan yang sama, team bantuan pertama tadi pun sampai, 3 org pertama tu dari Jabatan Perhutanan, menurutnya team 27 org dah pecah kpd 2, satu ikut laluan asal, satu lagi menyusur sungai start dari lokasi penemuan Putera dan Siti. Maknanya sewaktu Emay bawa mangsa turun, team bantuan dah pun berselisih dan berpecah. Apa yg menghibakan bapa salah seorang mangsa lemas turut masuk membantu dan berada di kumpulan yg menyusur sungai.

Selang bebrapa minit kami berehat di trek, 6 orang lagi anggota sampai, 3 Bomba, 2 RELA dan sorang JPAM, “abg turun ikut trek ni, diorang perlukan bantuan kederat nak angkat jenazah..”perintah Jun, bila dengar jenazah, berenti sekejap diorg sambil memandang satu sama lain, maklumklah, masa diorang masuk tadi tak diberitahu pasal ada kematian. Kemudian last 4 orang lagi tiba dan terus turun membantu, Sedang Jun dan Ajat melayan rokok, tiba2 degar satu suara sahut dari jauh, “eh? Takkan ada lagi? Kata brader tadi diorang last..?” rupanya Emay yang sampai...”lepas aku hantar diorang kat Kem Sg. Gading, kumpulan bantuan kedua dah pun samapai, so diorang continue bawak turun terus, separuh lagi stay kat kem, then aku terus shoot ke sini”

Radio yg ada pada Emay aku gunakan unt hubungi Salan, “Trek dah setle bro” “Ok, tolong turun semula, ada maklumat terbaru, jenazah lagi seorang di temui atas sikit dari lokasi jeram ni!” perintah Salan...lalu kami pun bergegas turun, sampai di jeram, Salan bagitau hanya ada satu je dalam kolam ni, bawah dia cuma daun kering bertimbun je, rupanya satu lagi jenazah berada tak jauh lebih kurang 10 minit ke atas dari lokasi jeram ni. 3 Orang anggota Jabatan Perhutanan yang tiba awal tadi dah pun dikerah mencari sejurus Salan tau yang hanya ada satu jenazah je dalam kolam ni. Dalam masa yang sama jenazah Amir dah pun dibalut dengan hammock dan di lilit dengan tali, 4 kuasa kuda diperlukan memandangkan jisim org mati lebih berat dari org hidup. “Kami bawa keluar dulu, hg tolong setle yg satu lagi, jap lagi ada 1 team lagi sampai diorang akan tolong, diorg tu ikut trek sungai tadi” ujar Salan.


Aku, Emay, Jun dan Ajat bergegas ke lokasi kedua tersebut, kelihatan 3 orang tersebut sedang menikmati Maggi aka Lunch maklumlah dah pukul 1 ptg time tu, kami sendiri tak perasan lapar, Azrul salah seorang dari 3 anggota tersebut yang jumpa jenazah kedua, arwah Adam berada di atas batu-batu sungai sebesar bola sepak, air mengalir di bawah badannya, tak jauh dari tempat jenazah adalah sebuah lagi jeram bersaiz 2 kali ganda besar dari yang pertama tadi, kiri dan kanan adalah tebing batu setinggi 3 ke 4 tingkat bangunan, jeramnya besar, bayangkanlah air yang jernih, tapi didasar kolam kedua ni gelap tak nampak apa2 langsung, barangkali selepas arwah Adam jatuh ke jeram tu air tolak ke tepi batuan ni, “kami dah cover jenazah dengan daun pisang, kami takda apa apa untuk dibalut” ujar Azrul, kebetulan yang sama si Azrul ni rupanya sepupu Acu....”takpa abg ada flysheet kan? Boleh guna juga...” kami beri idea, Emay dan Jun terus mencari kayu untuk stretcher, aku dan Ajat terus buat perkara yang sama, buka trek baru untuk bawa naik jenazah. Kalau nak guna laluan yang mula2 tadi tak sesuai memandangkan laluan jeram yang agak sukar untuk dituruni.

“Zass!, zass!, zass!” habis aku tebas, Ajat besarkan trek, memang memacak, tapi nak buat macamana, hanya itu satu-satunya laluan yang selamat, helicopter? Mana boleh! Canopy banyak...maksudnya pokok la...kalau nak pakai heli sekurang2nya nak ada kawasan luas 2 kali tennis court, itu pun kena tengok cuaca dan angin juga...

Siap trek kedua, kami turn semula, time tu kumpulan bantuan dari sungai dah pun tiba, dan dah pun bawa naik separuh jalan, Jenazah dibalut dengan flysheet dan dililit dengan tali serta pakaian mangsa. Rupanya tali untuk lilit jenazah ada dalam beg aku, oops! Jenazah kedua saiznya besar sikit dari yang pertama, dengan trek yg mencanak naik, 6 kuasa kuda diperlukan.



Jam 3.40 ptg, kami tiba di Kem Sungai Gading, Group yg bawa turun jenazah pertama dah pun turun, Salan, Nodi, Acu dan Acap mengemas peralatan di kem sambil masak unt mkn tengahari, lapar woo... Bersama kami anggota dari Bomba, Jabatan Hutan dan Rela makan tengahari sambil berborak panjang. Kawasan kem agak bersepah dengan daun dan ranting kayu, “tadi heli cuba nak turun orang kat sini, angin kuat habis flysheet semua terbang, ada 2 3 pokok tumbang, dan ranting kayu patah” kata Salan. Kemudian jenazah kedua dibawa turun dulu oleh anggota perhutanan sementara kami makan dan bersiap untuk pulang. Lepas kami siap, kami terus gerak, tak jauh dalam 20 minit jalan dah pun jumpa dengan group yg bawa jenazah kedua tadi, “takpa lah, korang jalan dulu, kami pelan2 kayuh” “Ala bang, sama-sama la jalan..tak jauh dah pun...meh tukar kami pulak” 

Ending Point, Defender Bomba dah pun tunggu untuk bawa jenazah, dan Hilux Perhutanan bawa kami turun. Elok kami nak gerak tiba-tiba 1 biji 4WD datang sarat dengan anggota berbaju biru terang, “Orang dah nak balik lah...” selamber je si Azrul sound...

Tiba di Loji, ASP Alias beritahu yang jenazah harus dipindahkan ke Defender Polis unt terus dibawa ke hospital, menurut beliau kita taknak riuh nanti di bawah(Comm Center) dan ini adalah prosedur polis. Walaupun ada di kalangan anggota Bomba yg kurang setuju tapi demi kebaikan, terpaksa juga lah..tak lama lepas tu defender Polis sampai san proses pemindahan di lakukan, ada jugak wartawan yg sempat merakam, sanggup dia ikut sampai ke loji ni...

Alhamdulillah...kami tiba di Comm Center dengan selamat, kawasan Hutan Lipur Ulu Kenas bagaikan pesta Sure Heboh! Punya la ramai orang, kepulangan kami disambut Muzs selaku Bos kami dan terus kami dibawa berjumpa Kuala Kangsar OCPD Supt Ahmad Rabawi Abdul Jamil untuk soal siasat, menurut beliau nak mempercepatkan proses post moterm nanti. ASP Alias meminta kami untuk membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar, dan beliau sangat-sangat berterima kasih kepada semua anggota yg terlibat. Lebih kurang macamni lah kronologi peristiwa 2 hari ni, mungkin cerita dari sudut kawan yg lebih menarik macam Salan ketika dia bawa naik jenazah dari dalam kolam, Muzs ketika di Comm Center yang mental dahagakan maklumat dek kerana terputus hubungan dengan kami, Boy ketika dia shoot menghantar telegram ke Comm Center, Emay ketika dia menghantar Putera dan Siti, Anggota2 beruniform yang terlibat, dan yang pastinya cerita dari Putera dan Siti lebih menarik unt dikongsi. 


Laporan Berita : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/teen-hikers-fall-off-mountain-after-snubbing-guide-two-dead