GUNUNG RAJAH, BENTONG, PAHANG

MOUNTAINS OF MALAYSIA >Mount Rajah

Berdasarkan mitos, Rajah ini bermaksud Raja yang digelar oleh masyarakat orang asli di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang, ia merupakan lokasi strategik bagi pendaki oleh kerana kedudukannya dari ibu kota tidak jauh hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk sampai. Gunung Rajah juga digelar 'COMPLETE ROUTE' dan juga merupakan lokasi latihan bagi pendakian ke Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.

TEMPOH PENDAKIAN
2 hari - Amateur (Kaki Gunung)
3 hari - Standard


STARTING POINT
Kereta atau Bas boleh terus memakir kenderaan di perkarangan Hutan Lipur Air Terjun Chamang iaitu berhadapan dengan tandas awam. Sekirannya membawa kenderaan sendiri, tidak digalakkan memarkir kereta di ruang letak kereta sebelah atas dek kerana kawasan yang sunyi dan jauh dari pandangan orang. Pendaki disarankan bersarapan awal diluar memanangkan lokasi Hutan Lipur Chamang tiada gerai atau restoran, yang ada hanya di Pekan Bentong. Seawal jam 8 pagi pendaki dikehendaki berjalan melalui Trek balak selama 1 jam 30 minit ingga ke 2 jam. Dinasihatkan membawa keperluan air minum yang cukup untuk sepanjang pendakian, tetapi jangan terlalu banyak.

Setibanya di 'Pintu Rimba' pendaki akan melalui rentis hutan yang melandai dan kemudian akan melintasi sebatang sungai di gelar Sungai Batu Chagar, selalunya dijadikan lokasi Makan Tengahari. Jarak dari Pintu Rimba ke Sungai Batu Chagar adalah 2 jam ke 3 jam.


LATA NANING
Sepanjang perjalanan dari Sungai Chagar menuju ke kem seterusnya, pendaki bakal melihat bekas lorong-lorong kubu komunis yang kebanyakannya telah runtuh sedikit demi sedikit. Pendakian hari pertama biasanya berakhir di Kem Lata Naning, kem yang bersebelahan dengan sungai.
Kem Lata Naning merupakan lokasi air terjun yang menarik, rugi kalau tak mandi manda disini, tetapi awas! jika hujan mula turun, pendaki sama sekali tidak dibenarkan mandi dan kedudukan khemah juga perlu jauh dari sungai. Sekiranya pendaki mahukan kelainan, boleh juga terus lajak kehadapan lebih kurang 2 ke 3 jam untuk sampai ke Kem Batu Hijau, lokasinya lebih menarik dengan lumut dan suhu yang lebih sejuk.


Keluasan Tapak :
Lata Naning - Max 80 orang
Kem batu Hijau - Max 50 orang


PUNCAK RAJAH
Pendakian ke Puncak Rajah mengambil masa 4 jam dari Kem Batu Hijau. Pendaki perlu melalui Permatang Guntur yang mempunyai 3 Puncak Bonsai dan kemudian menaiki tebing batu setinggi 5 tingkat bangunan. Kadang kala berlaku tanah runtuh disini, tali yang tersedia mungkin tidak kukuh, jadi penaki perlu sedia maklum teknikal sangat-sangat penting disini. Dinasihatkan anda membawa tali lebih untuk digunakan sekirannya tali tersedia ada tidak kukuh atau tidak cukup panjang.
Pendaki akan dibawa ke punca air terakhir untuk rehat seketika, kemudian menyambung pendakian ke puncak lebih kurang 1 jam lagi. Berjaga-jaga di sekitar laluan untuk ke puncak memandangkan mossy(lumut) yang menghijau cantik kadang kala kita tertipu dengan penyamaran Si Ular Kapak Ekor Merah (Red-Tail Viper). Di puncak Rajah, anda dihidangkan dengan permandangan 360 degree!



Bagi pendaki yang bercadang untuk tidur di puncak, dinasihatkan berhati-hati, sekiranya cuaca mendung dan kerap hujan, dinasihatkan tidak tidur di puncak. Ini berikuan tragedi pada tahun 2004 seramai 23 orang pendaki disambar petir ketika bermalam di puncak mengakibatkan 2 orang maut. (sumber laporan Utusan1 dan Utusan2)

Keluasan Tapak :
Last Waterpoint - Max 20 orang
Puncak Rajah - Max 30 orang

Ketinggian :
Gunung Rajah - 1685 meter ~ 5526 ft


JADUAL RINGKAS
From Kuala Lumpur to Bentong, Pahang about 2 hours then stay at Chamang Waterfall Camp :-
DAY 01
Chamang Waterfall - Trek Balak - Batu Cagar Waterfall - Lata Naning Waterfall Camp - Batu Hijau Camp
DAY 02
Batu Hijau Camp - Permatang Bonsai - Tebing Batu - Last Waterpoint - Gunung Rajah - Batu Hijau Camp - Lata Naning Waterfall Camp
DAY 03
Lata Naning Waterfall Camp - Batu Cagar Waterfall - Trek Balak - Chamang Waterfall

KOS EKSPEDISI
1 - Jurupandu Arah Bertauliah | Professional Mountain Guide
2 - Permit Jabatan Perhutanan Pahang | Pahang Forestry Permission
3 - Yuran Pengurusan Ekspedisi | Expedition Management Fees
4 - Sijil dan Baju T - Jika Perlu | Certificates & T-Shirt - If Necessary


BACK TO MOUNTAINS OF MALAYSIA