GUNUNG ULU SEPAT, PERAK

MOUNTAINS OF MALAYSIA > Mount Ulu Sepat

Ulu Sepat antara gunung G7 yang paling terakhir didalam 'ranking' namun ia tidak bermaksud gunung yang paling mudah untuk didaki. Sekiranya anda membuat pendakian 'single' ia mungkin menjadi mudah cuma keperluan untuk sampai disini ialah penggunaan kenderaan pacuan 4 roda(4WD) ataupun menggunakan Boat melalui Tasik. Bagi pendakian 'Trans' pula, ia merupakan salah satu ekspedisi pendakian yang paling susah!

TEMPOH PENDAKIAN
3 hari - Standard
4 hari - Beginner / Tidur Puncak
6 hari - Trans C.U.S

STARTING POINT
Sungai Siput
Pendaki boleh menaiki 4WD daripada Kampung Lasah yang terletak di Sungai Siput. Berkumpul di Pekan Lasah seawal jam 8.00 pagi dimana tersedia warung-warung untuk pendaki boleh bersarapan dan 'tapau' makan tengahari. Kemudian 4WD akan membawa anda terus ke Kampung Lerlar - Perkampungan Orang Asli

Grik
Pendaki juga boleh menaiki Boat dari Grik ke Pos Kemar melalui dua laluan iaitu dari Pengkalan Trojan yang terletak di Kg. Besiar Lama dimana Van di perlukan sekiranya anda menaiki bas persendirian oleh kerana jalan raya untuk ke jeti terlalu sempit dan berbahaya untuk kenderaan berat. Atau lebih mudah di Jeti Awam yang terletak di Tasik Banding. Perjalanan dari Jeti Trojan ke Jeti Pos Kemar mengambil masa 1 Jam, manakala dari Jeti Awam pula 2 Jam. Kemuian 4WD juga di perlukan setibanya pendaki di Jeti Pos Kemar untuk menuju ke Kampung Lerlar.


KEM LENWENG
Pendakian dari Kg. Lerlar tidak memerlukan anda bekerja keras oleh kerana jarak ke Kem untuk bermalam lebih kurang 5 jam. Anda akan melalui kebun kebun orang asli dan melintasi beberapa sungai antaranya Kem Sungai Besar yang menjadi lokasi rehat segelintir pendaki. Kem Sungai Lenweng

Keluasan Tapak :
Tepi Sungai - Max 40 orang
Kampung Asli - Max 60 orang


PUNCAK ULU SEPAT
Sepanjang pendakian ke puncak, bentuk muka buminya dari 40 degree hingga ke 70 degree, sehingga dekat dengan puncak ia menjadi 90 degree. Boleh saya katakan pendakian ke puncak adalah 'mencanak kaw!' atau 'makan tanah!' . Apa yang menarik disekitar trek Ulu Sepat ialah anda akan menyaksikan susunatur lapisan hutan tropika seperti dibawah. Sangat menarik.
Puncak Ulu Sepat dikelilingi oleh 70% pokok bonsai dan pokok renek. Suut permandangan lebih kurang 100 degree, namun anda harus mecari lokasi yang berbeza-beza untuk mendapatkan permandangan yang pada saya 'superb!' Jangan malu-malu untuk bertanya pada Mountain guide kami! Sekiranya anda bercadang untuk tidur di puncak, pastikan anda memilih lokasi yang sesuai memandangkan di tengah puncak mempunyai beberapa lumpur takungan air.

Keluasan Tapak :
Puncak - Max 40 orang
Simpang - Max 30 orang

Ketinggian : Gunung Ulu Sepat - 2161 meter ~ 7,089 ft


JADUAL RINGKAS A
From Kuala Lumpur to Kampung Lasah, Sungai Siput about 4 hours, then Transport ( 4WD ) will take us to Pos Lerlar at the first day :-
DAY 01
Kampung Lasah - Pos Lerlar - Sungai Besar - Simpang USG - Kampung Lenweng
DAY 02
Kampung Lenweng - Last Waterpoint - Simpang Tiga - Puncak Ulu Sepat - Kampung Lenweng
DAY 03
Kampung Lenweng - Simpang USG - Sungai Besar - Pos Lerlar - Kampung Lasah

JADUAL RINGKAS B
From Kuala Lumpur to Tasik Banding, Grik about 5 hours, then Transport ( Boat ) will take us to Pos Kemar then ( 4WD ) to Pos Lerlar at the first day :-
DAY 01
Jetty Aman, Tasik Banding - Pos Kemar - Pos Lerlar - Sungai Besar - Simpang USG - Kampung Lenweng
DAY 02
Kampung Lenweng - Last Waterpoint - Simpang Tiga - Puncak Ulu Sepat - Kampung Lenweng
DAY 03
Kampung Lenweng - Simpang USG - Sungai Besar - Pos Lerlar - Pos Kemar - Jetty Aman, Tasik Banding


KOS EKSPEDISI
1 - Jurupandu Arah Bertauliah | Professional Mountain Guide
2 - Kenderaan Masuk & Keluar | Transfer Services
3 - Permit Jabatan Perhutanan Perak | Perak Forestry Permission
4 - Permit TNB Empangan Temenggor | TNB Temenggor Dam Permission
5 - Yuran Pengurusan Ekspedisi | Expedition Management Fees
6 - Sijil dan Baju T - Jika Perlu | Certificates & T-Shirt - If Necessary


BACK TO MOUNTAINS OF MALAYSIA