GUNUNG BUJANG MELAKA - 4075 ft





Mungkin ramai yang pernah sampai ke Gunung Bujang Melaka yang berketinggian 4,075kaki. Terletak di daerah Kampar, ia merupakan salah satu destinasi pendakian utama para pendaki dari dalam mahupun luar Perak, terutama dikalangan pelajar. Ini kerana, lokasinya sesuai bagi pendaki baru dan pengenalan buat mereka yang mahu berjinak-jinak didalam sukan pendakian.
Keindahan Air Terjun Batu Berangkai menggamit para pendaki untuk kesana terutama ketika mengakhiri ekspedisi dengan bermandi manda di beberapa jeram, kolam dan bekas empangan lama.

Namun ramai yang tidak menyedari akan beberapa keistimewaan yang terdapat disana termasuklah kesan sejarah yang terdapat di 'Banjaran Mambang Diawan' tersebut. Ya, ia pernah dikenali sebagai Gunung Mambang Diawan dikalangan orang tempatan suatu ketika dahulu disebabkan kawasan banjaran yang sering dilitupi kabus.


///////////////////////  DATA
Nama : Gunung Bujang Melaka
Ketinggian : 4,075 kaki @ 1,233 meter
Kawasan : Hutan Simpan Bujang Melaka, Kampar, Perak
Kapasiti : 50 ke 100 orang dalam satu masa
Gunung Sekitar : Gunung Relau

///////////////////////  JADUAL RINGKAS 2 HARI 1 MALAM
Hari 01 :
Jika anda menggunakan bas, lokasi berkumpul adalah di perkarangan Masjid An-Nur(Masjid Jamik), Kampar.
07.00 am - Sarapan pagi di warung hadapan masjid. Boleh tapau lunch.
08.00 am - Melalui jalan raya(jalan kampung) menuju ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai. Alternatif lain adalah parking kereta di kawasan perkelahan atau menggunakan khidmat 4WD .
08.40 am - Memulakan pendakian melalui perkampungan orang asli.
11.00 am - Rehat di Kem Balak.
12.30 pm - Makan tengahari di Last Watepoint.
13.30 pm - Meneruskan perjalanan ke kem seterusnya.
14.30 pm - Dijangka tiba di Kem Lebah, dirikan khemah, tinggalkan beg dan terus ke puncak.
16.00 pm - Berjaya menawan puncak Gunung Bujang Melaka!
17.30 pm - Tiba semula di Kem Lebah, bermalam dan sesi ugun api.

Hari 02 :
08.00 am - Sarapan pagi disediakan.
09.00 am - Turunkan khemah dan bersihkan kem.
09.30 am - Mula turun ke air terjun.
13.30 pm - Dijangka tiba di Air Terjun Batu Berangkai, sesi berkelah dan mandi manda.
15.30 pm - 4WD menghantar anda ke parkir bas dan bersurai.

Tamat Program

///////////////////////  JADUAL RINGKAS 1 HARI
Jika anda menggunakan bas, lokasi berkumpul adalah di perkarangan Masjid An-Nur(Masjid Jamik), Kampar.
07.00 am - Sarapan pagi di warung hadapan masjid. Boleh tapau lunch.
07.30 am - Melalui jalan raya(jalan kampung) menuju ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai. Alternatif lain adalah parking kereta di kawasan perkelahan atau menggunakan khidmat 4WD .
08.00 am - Memulakan pendakian melalui perkampungan orang asli.
10.00 am - Rehat di Kem Balak.
12.00 pm - Dijangka tiba di Kem Lebah, isi semula air dan terus ke puncak.
13.30 pm - Berjaya menawan puncak Gunung Bujang Melaka!
15.00 pm - Tiba semula di Kem Lebah,teruskan menurun.
18.00 pm - Dijangka tiba di Air Terjun Batu Berangkai, bersihkan diri.
18.30 pm - 4WD menghantar anda ke parkir bas dan bersurai.

Tamat Program

///////////////////////  PENGURUSAN & LOJISTIK
Malim Gunung (MOUNTAIN GUIDE)
Permit Kebenaran Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung(Batu Gajah), Perak
Laporan Balai Polis Kampar
Kenderaan 4WD @ Van (jika tiada kereta sendiri)

///////////////////////  GALERI