MODERN SURVIVAL

Salam Kembara! Harap rakan2 pendaki sentiasa ceria dalam menghadapi hari2 mendatang ni, al-maklumlah, semakin hari dunia kita semakin huru-hara.

Dan kerana huru hara itu buatkan ramai rakan2 admin ambil keputusan untuk jauhkan diri ke dalam hutan terutama gunung. Sebenarnya admin pun setuju, ye lah kan dalam hutan ni kita banyak masa sesama teman dan alam, tenang sahaja...

Setimpal dengan itu, hari ni admin Kay akan berkongsi sikit sebanyak info mengenai ikhtiar hidup di alaf baru ni, buat yg dah biasa ke hutan, anda mesti tahu apa itu survival kit kan?

Baik! Apa yg admin nak share disini ialah 'Modern Survival' yg telah pun dipraktikkan di sesetengah negara luar termasuklah kita pun. Bila sebut je 'survival' atau bahasa malaysianya 'ikhtiar hidup' anda mesti terbayang org sesat dlm hutan dan apa keperluannya kan? Betul apa yg anda fikir, tapi ikhtiar hidup alaf baru ini lebih advance sikit iaitu kita lebih persiapan dalam menghadapi sesat itu sendiri.

Bukanlah pengertian survival itu terhad kepada sesat sahaja, ia meliputi berbagai keadaan seperti kehabisan bekalan makanan, berlaku kecederaan serius, dilanda bencana alam ataupun ketika di bandar sekalipun, bila2 masa boleh berlaku survival ni. Mana la tau zombie kampung pisang melanda, ok melawak je.

Seperti di dalam gambar yg admin kongsikan, terdapat senarai item mengikut kepentingan keperluan.

AIR

MAKANAN

PAKAIAN LEBIH

ALATAN MEMANAS

PELINDUNGAN

CERMIN MATA

SANITARI

BANTUAN KECEMASAN

DUIT TUNAI

UBATAN SPESIFIK

PENGHIDUP API

PISAU

PETA

KOMPASS

LAMPU

DOKUMEN PERIBADI

RADIO AMATUR

TELEFON BIMBIT