TNT Lower 2023 - Episod 1

PENGEMBARAAN DALAM PERSAHABATAN 

Malam itu...

"Grrr...grrr...grrr.." 

Kedengaran Azrah disebelahku menggigil menahan kesejukkan dingin malam yang amat menyucuk. Angin masih membuai dengan sedikit gerimis embun. Jam dah pun menunjukkan 3.30 pagi, aku bangun perlahan dari baringan dan duduk melunjur sambil berpeluk tubuh, sleeping bag yg dipakai aku lamparkan ke sebelah menyelimuti Azrah dan Eypa. Sambil memerhati sekeliling dalam kesamaran cahaya merah dari lampu lantern yg bergantung di tali bumbung flysheet, aku membetulkan payung yg menjadi penghalang angin disebelah pintu. 

Berada di sudut hujung, hanya berbentengkan banir bonsai lah mampu untuk aku terus tahan dari kesejukan angin malam. Rahman dan Syafiqah yg berada di hujung kaki aku berselubung habis dgn sleeping bag. Sal di bahagian atas mereka hanya membalut diri dgn plastik hitam. Ana, Izer dan Megu di sudut kanan aku hanya menyandar di banir bonsai juga membalut diri dgn plastik hitam. Eypa, Puteri, Farah dan Ida di tengah2 laman sekali sekala membetul kedudukan kerana lantai tanah yg agak menurun, manakala Kama, Iqbal dan Amar di penjuru hujung atas juga tidur2 ayam. 


Kami tiba di sini jam 1.30pagi tadi, selepas berhempas pulas selama 2 jam dari Gunung Aler. Berada di puncak Gunung Berhid, yang berketinggian 1931 meter dari paras laut, suhu dingin menyelubung diri dengan berbasahan gerimis embun, ia bukanlah suatu situasi biasa yg aku hadapi kerana bermalam secara Tidur Komando ini bukan sesuatu yg dirancang, apatah lagi tempatnya di puncak gunung. Aku gelarkan ia atas faktor 5 perkara ni : kerana terlalu letih, kelaparan, lewat malam, cuaca yg buruk dan kondisi pendaki yg tidak baik. Untuk aku olahkan 5 faktor ini dengan situasi kami, ia sangat panjang jalan ceritanya, aku akan cuba ringkaskan sebaik mungkin untuk difahami.


Imbas semula hari persiapan,

Rabu, 8hb November 2023.

    Sejak dari awal pagi, Adiza sudah pun bergelut di dapur menyiapkan pes-pes masakan unt bekalan ration kami nanti. Aku pula sibuk menyusun peralatan didalam kereta, sambil menyemak satu persatu supaya tiada yg tertinggal. Walaupun persiapan telah dibuat seawal sebulan lagi, namun aku kerap menilai semula keperluan berdasarkan keadan semasa dan jumlah terkini penyertaan. Keadaan hari pre-event selalunya begini, Adiza akan sibuk dgn ration, aku akan sibuk dgn equipment dan lojistik. 

    Namun kali ini setting ration agak rumit sikit kerana Adiza meng'apply' sistem baru dlm menguruskan ration sepanjang trip. Sistem ini di improvised dari sistem yg lepas, ia rumit ketika setting sahaja namun akan memudahkan ketika dlm perjalanan nanti. 

    Seharian bekerja sehingga lupa waktu malam hampir tiba. HP pun aku terlupa nak tengok. Seperti didalam plan, malam ini adalah hari berkumpul untuk kami semua parking kereta di lokasi tamat dan shuttle ke lokasi mula. Adiza masih ada sedikit lagi kerja membungkus makanan. Menjadikan aku agak khuatir dgn masa yg berbaki ni, sebabnya ikut plan kami akan bertolak 2 kereta ke Lojing unt buat shuttle. Tapi nampak gaya plan terpaksa di'alter'kan, aku terus hubungi sahabat aku di Lojing unt bantu backup shuttle.

    Setelah disusun pergerakan, 11 buah kenderaan yg akan bertolak dari lokasi masing2 ke arah RnR Lojing iaitu satu lokasi parking kereta buat pendaki gunung, juga menjadi titik tamat pendakian kami nanti. Aku sendiri sebagai CAR 1 sudah mula bertolak dari Bentong pada jam 8.30mlm. CAR 2 bertolak dari Simpang Pulai iaitu Den, Iqbal, Ammar, Kama dan Pedot manakala CAR 3 & CAR 6 dari Rawang adalah masing2 Shakeys dan Ruey Peng. Dari Cyberjaya CAR 4 adalah Azrah, Eypa dan Jennifer. Farhana sebagai CAR 8 dari Pulau Carey dan Kak Sal sebagai CAR 9 dari Ijok. Bertolak dari Shah Alam, CAR 5 adalah Megu, Rahman, Syafiqah, dan Ida. Saiful dan Topek pula dari Sepang sebagai CAR 11. CAR 7 dan CAR 10 dari utara iaitu Penang dan Taiping adalah Izer, Farah dan Sufri. Coding ini dibuat bagi memudahkan aku sebagai kapten program mengecam pergerakan masing2 sekiranya berlaku apa2 perkara luar jangka.


    Seperti dijanjikan 11.00 malam untuk berkumpul, 11.30 mlm kami akan mula bertolak ke Kuala Betis selepas selesai urusan parking. Namun dikalangan kami ada yg dah pun sampai awal demi cukupkan rehat. Den, Iqbal, Kama, Amar, dan Pedot dah pun tiba awal bagi menguruskan parking kereta Den disana dan naik kereta Iqbal pula unt ke Kuala Betis. Kebetulan Sepul dan Topek pun hadir tepat pada waktunya, maka mereka bersama2 join tumpang Iqbal. Di suatu sudut meja makan Azrah, Eypa, Farah, Izer, Sufri, Jennifer, Sal, Shakeys dah pun ready, ada dikalangan mereka juga yg tiba awal petang tadi. Selang beberapa minit Ana pun tiba menjadikan kesemua 9 orang sudah berkumpul. Tinggal 5 orang lagi.

    Jam 11.20mlm, aku bertemu Edy yg dah pun berada didalam powil menunggu di ruang parking. Ya, dialah backup shuttle yg aku maksudkan. Edy adalah sahabat powil yg lama aku kenal sejak buat kerja di Lojing. Beliau menjadi nadi penggerak bagi lojistik di Lojing, sepanjang 10 tahun perkenalan bermacam2 suka dan duka sudah kami lalui. 

"Kalau abg gerak dulu ok ke? Diorg baru info baru lepas Gopeng, mcm lama lagi kalau nak tunggu" kataku pd Edy. 

"Okay juga, pasal esok abe nok hantar anak sekolah" Balasnya. 

    Fahamlah aku yg ini bukan masa lengang untuk dia menunggu, jadi ada baiknya dia shuttle dahulu 9 orang tadi turun ke Kuala Betis disebabkan CAR 5 & CAR 6 masih belum tiba, sedangkan jam sudah berada tepat 00.00.

    Selebihnya aku sendiri tunggu unt shuttle. Jam 1.00 pagi, Megu, Rahman, Syafiqah dan Ida pun tiba, mereka terlewat atas sebab kesesakan jalanraya dan pulang lewat kerja. Ruey Peng yg dah pun tiba awal tadi terlepas untuk bertolak sama dengan Edy, tapi sempat berehat dalam kereta menunggu. Kami terus menuju ke Masjid Kuala Betis. 45 minit meluncur laju, kami tiba.

Hari pertama bermula,

Khamis, 9hb November 2023.

    Kelihatan yg tiba awal tadi dah pun beradu separuh didalam masjid dan separuh di gazebo luar. Namun Adiza yg membawa pek ration masih belum tiba. Jauh disudut hati sangat risau dgn keadaannya yg letih sehari dua ni menyiapkan ration kami. Bila text WhatsApp masuk pda jam 3.54pagi, "20 minit lagi nak pickup Poncho" maka aku sedikit lega. Jadi kesempatan yg ada ni aku ambil masa unt berehat. Seusai subuh, aku lihat powil yg dipandu Adiza dah pun ada di perkarangan masjid. 

    Hadir bersamanya adalah saudara Poncho yg menunggu di Gua Musang untuk tumpang bersama ke Kuala Betis. Beliau adalah sahabat lama yg aku kenal semenjak aku mula berkecimpung didalam dunia pendakian. Seorang yg optimis dalam sesuatu yg dia nak buat, terutama tentang jalur pendakian. Poncho akan menjadi guide utama dalam ekspedisi ini, merangkap rakan idealis aku yg mencipta jalur pendakian versi TNT ini sejak tahun 2017. Tanpa dia Idea TNT ini mungkin sekadar idea sahaja.

    Seorang lagi sahabat yg hadir, iaitu Karo yg berasal dari Kampung OA Pos Simpor, sejak jam 7.00 pagi dah pun terpacak diperkarangan masjid, kehadirannya kali ni sengaja aku jemput unt beri pendedahan laluan baru dan bercampur dgn pendaki luar. Sebelum ini hanya Gunung Chamah sahaja kawasan rayau dia. Karo juga merangkap porter bagi trip kali ini yg akan membawa barangan dapur dan separuh barang Jennifer. Oleh kerana Adiza tidak dpt hadir bersama, sekurang-kurangnya Karo dapat membantu aku didapur sepanjang trip ini.


    Hamparan Ground sheet dibuka di ruangan parking masjid, aku terus menyusun pek ration yg Adiza dah pun asingkan mengikut sama rata berat, saiz dan bersistem. Jam 7.30 pagi, Adiza memanggil semua rakan2 pendaki unt beri pre-briefing berkenaan ration.

    Sistem RD (Ration Diza) adalah susunan ration yang ditanda kod Nombor iaitu Bilangan Hari dan di ikuti Huruf iaitu Waktu Makan. Setiap satu kod itu bermakna 1 menu makan. Sebagai contoh, kod 2L bermaksud hari Kedua Lunch, atau 4D bermasud hari Keempat Diner. Setiap menu akan ada beberapa bahan yg telah di tanda kod yg sama, dipecahkan kpd jumlah pendaki yg ada, jadi setiap org akan memiliki ration yg ada kod nombor yg sama cuma berbeza huruf sahaja. Sistem ini bermula pada malam hari pertama, bila sampai di kem, pendaki hanya keluarkan bahan ber-kod 2B, 2L dan 2D sahaja. Selebihnya tak perlu dikeluarkan, simpan sendiri. 

    Jadi tukang masak malam pertama tu dah boleh sedia unt masak breakfast dan tapau lunch untuk hari kedua, manakala unt makan malam dipegang terus oleh tukang masak atau crew yg membantu. Hari kedua pula, ulang sistem yg sama, pendaki hanya keluarkan kod hari ketiga iaitu ration untuk esoknya. Jadi tiada isu ration tak cukup jika ada pendaki yg lewat tiba di kem. Hari pertama cukup hanya tempah makanan bungkus dari luar sahaja, cuma makanan bungkus unt malam seeloknya yg jenis tahan lama, tinggal lagi nak masak air panas sahaja. Hari pertama kebiasaannya semua org letih, jadi ada baiknya tidak membuang masa buka dapur, hanya terus rehat selepas makan sendiri. Sistem RD ini sesuai kalau dilaksanakan untuk perjalanan panjang dgn jumlah pendaki ramai.

    Dalam hiruk-pikuk kami membahagi ration, kami terlupa seorang lagi rakan yg belum sampai, iaitu Puteri! Rupanya dia mengalami masalah teknikal ditengah jalan, kenderaan yg dibawa pancit di Simpang tiga Lojing-Panggung Lalat. Maka Den dan Adiza bergegas menuju kesana unt resque Puteri. 

    Selang beberapa minit kemudian powil pun tiba. Aku setting 3 buah powil bagi memuatkan 25 org kami semua. 2 buah powil adalah dari sahabat kampung sana iaitu Zu dan Mat, serta sebuah lagi adalah powil aku sendiri. Bukan mudah unt aku sebagai pemandu powil luar beroperasi di kampung ni memandangkan kebanyakan mereka adalah sanak saudara Abg Johari atau dikenali sebagai Ayah We. Beliau boleh dikatakan ketua bagi operasi lojistik di kawasan Kuala Betis ini. Terkenang suatu ketika dahulu hampir sahaja bertelingkah kerana salah faham, namun berjaya diselesaikan dgn pertemuan 2 mata. Mereka tidak memonopoli tetapi lebih kepada memegang adat hormat menghormati jika mahu mencari rezeki bersama. Alhamdulillah setelah hampir 20 tahun aku berkhidmat disana sebagai malim gunung, Ayah We terima aku sebagai sebahagian dari rakan operasi powil bersama dgn lunas syarat yg adil dilaksanakan bersama.


    Sambil menunggu rakan yg lain bersiap kemas beg dan bersarapan pagi, kami menyusun beg ke dalam powil sementara tunggu Puteri sampai. Aku sempat berbual panjang dengan Poncho berkenaan plan akan datang. 


    Tepat jam 10.00 pagi mereka pun tiba, Powil dah pun ready, Puteri sempat uruskan menyusun beg hingga siap dan kami terus bertolak. Kami menuju ke persinggahan pertama di Kedai Runcit Simpang Tiga, mengambil bekalan makanan bungkus dan Sufri sempat membeli kasut getah kerana kasut Scott Merah yg dibawanya telah pun menunjukkan tanda2 lekang di bahagian tapaknya. Nasihat aku pagi itu, lebih baik dia beli siap2 daripada memperjudikan kasutnya.

    Destinasi hari ini adalah ke Pos Dakoh, sebuah kampung pedalaman yg manjadi titik mula bagi pendakian GBB serta TNT Center & TNT Lower. Sepanjang perjalanan offroad, sejam pertama kami dihidangkan dengan laluan kebun sawit dan ladang Abasia, selama 1 jam. Kami berehat di sebatang sungai. Perjalanan semakin mencabar bermula selepas Kg. Tapai melalui kawasan berbukit dan lopak lumpur yg dalam selama 2 jam. Sejam terakhir melalui kawasan perkampungan OA Pos Balar yg menurun mendatar serta berbatu. Melintasi Sungai Balar yg agak dalam separas pintu powil, kemudian melalui Sekolah Kebangsaan Pos Balar dan terus ke Pos Dakoh. 


    Jam 2.15 petang, kami tiba dab terus makan tengahari. Sementara yg lain makan dan bersiap, aku berjumpa dgn Saudara Udin, org Kampung Dakoh unt meminta izin parking powil di hadapan rumahnya. Powil yg aku bawa mengalami sedikit masalah teknikal dibahagian drive shaft, tapi mujur berjaya sampai, manakala Zu dan Mat tidak tunggu lama dan terus pulang sementara hari belum hujan.

    Sebagai Kapten trip, aku memulakan bicara salam perkenalan kpd semua rakan2 pendaki, aku kenalkan ketua guide iaitu Poncho dan rakan teknikal aku iaitu Den. Walaupun trip kawan2, taklimat perjalanan tetap perlu diperjelaskan terutama bab tugasan bersama supaya masing2 boleh faham peranan masing2. Aku tekankan juga berkenaan misi kita unt memasang signboard sepanjang trip ini kerana amanah yg telah diberi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan melalui kelulusan permit Konservasi Laluan TNT Lower 2023 atas kapasiti Puan Julianna yang merupakan insan yang banyak membantu membangunkan industri Malim Gunung di Negeri Kelantan. Selain itu bab keselamatan dan kebersihan juga aku diutamakan sepanjang trip ini. 

    Ada dikalangan mereka memang biasa mendaki bersama aku, mungkin dah faham, kecuali 6 org ini yg baru pertama kali bersama iaitu Ruey Peng, Sufri, Shakeys, Ida, Syafiqah dan Izer. Selesai memberi taklimat misi trip, kini giliran Poncho pula memberi taklimat perjalanan sekaligus menjadikan dia pemegang mohor besar bagi keputusan sepanjang trip ini. 

    Prinsip mendaki aku dari dulu tidak berubah, ketua guide adalah org yg membuat keputusan bagi group, jadi tanggungjawab dia amat besar unt tentukan yg terbaik bagi group samada mengikut kesesuaian masa, tempat dan kondisi group. Mengikut plan Poncho, target hari ini kami akan bermalam di Kem Balak Roll.

    Jam 3.35 petang, selepas bergambar group, kami mula berjalan dalam cuaca yang mulai mendung. Awal perjalanan aku berada di bahagian tengah, namun kerana beg yg agak berat, aku memilih unt perlahankan langkah demi menjaga ketahanan tenaga, lagipun makan malam ini telahpun dibungkus siap2, jadi tak perlu aku terkejar2 unt kedepan. 


    Selepas 20 minit melalui denai kampung, kami melintasi jambatan gantung. Dari sini aku mula berjalan di bahagian belakang mengambil posisi sweeper. Bersama aku ketika ini ialah Sal, Farah, Kama, Iqbal dan Amar. Selepas 2 ja berjalan, hujan mula turun, aku bersama Sal di belakang bergerak perlahan melayan bukit. Dalam jam 6.30 petang, tiba2 Sal terduduk ke tanah sambil melunjur kaki, "eh bodoh lah, time ni lah dia nak jadi!" Jeritnya sambil memegang betis kanannya. Dia mengalami kekejangan otot. Manakan tidak, setelah lama tak mendaki, tiba2 bawa berat, berjalan dalam hujan dgn tanah licin, dan mendaki bukit yg agak panjang. Hampir 30 minit berlaku kekejangan, Aku nasihatkan Sal unt rehat sahaja dulu sementara menghormati waktu maghrib. 

    Nampak jelas kekecewaan di wajahnya, berulang kali Sal mengatakan "sorry", namun aku mengatakan tidak perlu, itu biasa dan aku yakin dia mampu tanganinya. Seusai maghrib kami perlahan2 mula mendaki dalam renyai hujan. Kalini layan setapak setapak sahaja, walaupun dalam keadaan mengantuk, aku tetap gagahkan jua demi memberi motivasi kpd Sal. Jam 10.20 malam kami tiba di Kem Rata Air, kelihatan flysheet telah pun dipasang, ada yg dah mula tidur dah pun. Rupanya diorang paling awal sampai jam 6.30 petang tadi, dan separuh lagi ada yg sampai 8.30 malam. Poncho buat keputusan bermalam disini berdasarkan keadaan semasa dan memesan unt bertolak awal pagi esok jam 5 pagi.

    Selepas selesai menyalin, solat, aku makan malam sambil menyiapkan nasi putih unt sedia digoreng esok pagi. Jam 1 pagi baru aku dapat lena.

(Bersambung)