BANJARAN GUNUNG, HUTAN & SUNGAI DI MALAYSIA

KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA
Kawasan Tanah Tinggi di Semenanjung.
Terdiri daripada rangkaian banjaran gunung dan dataran tinggi.
rangkaian ini berpunca dari Dataran Tinggi yunnan di pedalaman Negara China merentasi Thailand dan menganjur dari utara ke selatan semenanjung.
Banjaran gunung di Semenanjung merupakan banjaran gunung lipat tua yang stabil.
Kemuncak rangkaian banjarannya rendah kerana telah mengalami haksan yang serius.
Rangkaian banjarannya tinggi dan lebar di utara tetapi rendah dan sempit ke selatan.

Banjaran gunung utama di Semenanjung Malaysia ialah :
1- Banjaran Kedah - Singgora
2- Bamjaran Bintang
3- Banjaran Keledang
4- Banjaran Titiwangsa
5- Banjaran Benom
6- Banjaran Tahan
7- Banjaran Pantai Timur
8- Banjaran Nakawan

BANJARAN TITIWANGSA
Banjaran terpanjang (480 km) dan dikenali sebagai 'Tulang Belakang" semenanjung., juga dikenali sebgai "Banjaran Besar". Puncak tertingginya ialah di Gunung Korbu (2183 meter dari paras laut). Gunung ganang sepanjang banjaran ini tingginya antara 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut. Mempunyai tiga pusat peranginan yang utama, iaitu Tanah Tinggi Genting, Tanah Tinggi Cameron, dan Bukit Fraser. Ia turut menjadi legeh dan kawasan tadahan bagi sungai-sungai utama di Semenanjung Malaysia.

BANJARAN TAHAN
Gunung Tahan (2187 meter) terletak di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di semenanjung.

Kawasan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak
Meliputi sebahagian besar negeri Sabah terutama di bahagian tengah.
Tanah tingginya dibentuk oleh gabungan beberapa banjaran seperti :

SABAH
9- Banjaran Crocker
10- Banjaran Trusmadi
11- Banjaran Brassey
12- Banjaran Witti
13- Banjaran Maitland

SARAWAK
14- Banjaran Tama Abu
15- Banjaran Hose
16- Banjaran Iran
17- Banjaran Kapuas Hulu
18- Bannjaran Kelinkang
19- Dataran Tinggi Usun Apau

BANJARAN CROCKER
Banjaran Crocker merupakan banjaran tertinggi dengan ketinggian antara 1 200 meter sehingg 1 800 meter.
Gunung Kinabalu (4 095 meter) merupakan kemuncak tertinggi di banjaran Crocker dan merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Banjaran Crocker ini bersambung dengan Banjaran Tama Abu di Sarawak.
Sebahagian besar negeri Sarawak bergunung ganang terutama kawasan pedalaman yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.

Sistem banjaran di Sarawak terletak selari dengan sempadan Sarawak-Kalimantan. Antaranya Banjaran Kapuas, Pergunugan Iran dan Tama Abu menjadi sempada Malaysia-Indonesia.
Tanah tinggi di Sarawak semakin merendah ke kawasan barat dan utara.
Gurung Murud (2 425 meter) merupakan gunung tertinggi di Sarawak yang terletak di Banjaran Tama Abu.



KAWASAN HUTAN DAN ALIRAN SUNGAI DI MALAYSIA